Dewasa ini, kes pembuangan bayi yang semakin menjadi-jadi amat membimbangkan ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan . Berdasarkan statistik yang diperolehi daripada Jabatan Kebajkan Masyarakat (JKM), sebanyak 50 kes pembuangan bayi dicatatkan sepanjang Januari hingga September 2008. Lebih menyedihkan lagi, permasalahan pembuangan bayi semakin menjadi-jadi malahan majoritinya ia membabitkan pasangan Melayu yang mencatatkan jumlah sebanyak 36 kes. Terdapat beberapa faktor yang mengundang kepada berlakunya permasalah ini, oleh itu, kami beranggapan hukuman berat harus dilaksanakan bagi membendung gejala ini.
Seperti yang kita sedia maklum,Islam telah menetapkan garis panduan dalam mengawal penganutnya dari terpesong ke jalan yang dimurkai oleh Allah. Peraturan yang ditetapkan sudah cukup untuk menghalang seseorang itu untuk melakukan sesuatu yang boleh merosakkan akidah serta keturunan umat manusia itu sendiri. Hukuman hudud adalah hukuman yang sangat setimpal bagi membalas segala perbuatan keji lagi mungkar yang dilakukan oleh sesetengah manusia yang buta akan ilmu agama. Mereka beranggapan bahawa hukuman yang ditetapkan oleh hukum syarak adalah tidak releven dan lapuk dek arus kemodenan.
Hukum hudud adalah satu hukuman yang ditetapkan oleh Allah bagi menaikkan kegerunan untuk pelaku maksiat agar menjauhi perbuatan zina. Mengikut surah An-Nur ayat 2 yang bermaksud “perempuan dan lelaki yang berzina,hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat;dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan orang-orang yang beriman. Maka, jelaslah disini bahawa Allah amat melarang perbuatan zina kerana ianya merosakkan masyarakat. Jadi, sebagai umat islam kita seharusnya kembali kepada paksi-paksi agama kita.
Dalam pada masa yang sama, pihak-pihak yang berwajib haruslah memainkan peranan bagi membendung permasalahan ini daripada terus berlaku. Antara tindakan yang boleh dilakukan adalah seperti mengawal pusat hiburan, memperkatatkan peraturan iklan yang menghairahkan, mewajibkan pelajar Islam memakai tudung, mengawal pergaulan bebas, kempen menutup aurat, dan kempen jauhi zina. Selain itu, penekanan dalam aspek pendidikan juga harus dititik beratkan dan pembendungan penyebaran media negatif seperti bahan pornografi harus dipertingkatkan.
Kesimpulannya, hukuman yang sedia ada haruslah diperketatkan lagi agar ianya menjadi kegerunan kepada masyarakat sekaligus gejala pembuangan bayi dapat dibendung. Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan pernah menyarankan bapa kepada bayi yang dibuang diseret ke muka pengadilan dan menerima hukuman sama sepertimana wanita terbabit. Penzina juga harus menerima balasan yang setimpal kerana membuang anugerah tuhan yang amat bernilai hanya untuk menutup malu mereka tanpa memikirkan perbuatan yang mereka lakukan menghina agama, bangsa dan negara .
Thursday, April 15, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment